Selangor Deserves Better
Satu Tekad
Demi Selangor
Bagi menterjemah keunggulan Islam ke dalam khidmat nyata, demi memastikan kemakmuran dan keadilan untuk rakyat Selangor, PAS Selangor bertekad memberi sedaya upaya #baktidemiselangor
BAKTI
PAS Selangor komited untuk bekerja dengan pantas dan efektif dalam menyelesaikan masalah rakyat negeri Selangor.
DEMI SELANGOR
PAS Selangor komited untuk berbakti kepada negeri, Sultan Selangor, serta rakyat daripada pelbagai kaum dan agama, serta mempertahankan kedaulatan dan maruah negeri.
Tekad 1
Menyantuni dengan
profesionalisme
Khidmat yang terbaik lahir daripada kerja yang cekap. PAS Selangor mendidik jentera untuk bekerja dengan penuh kompeten, memastikan setiap bantuan yang dihulur dan setiap suara yang dibawa, dilakukan dengan kualiti yang selayaknya diterima oleh rakyat Selangor.
Tekad 2
Menyatukan Naratif,
Membina Harapan
PAS Selangor ingin rakyat mengenalinya melalui hasil kerja yang nyata. Melalui naratif yang jelas, kami membawa satu tawaran yang jujur: Sebuah negeri yang stabil, berintegriti, dan diredhai untuk masa depan generasi kita.
Tekad 3
Merapatkan Jurang
Informasi
Tiada rakyat yang patut terpinggir daripada maklumat. PAS Selangor komited meluaskan capaian maklumat agar setiap inisiatif dan solusi dapat dirasai hingga ke pintu rumah anda, memastikan tiada suara yang terbiar sepi tanpa pembelaan.
Tekad 4
Menenun Keharmonian,
Menjernih Persepsi
Islam adalah rahmat untuk seluruh alam. PAS Selangor menghulurkan tangan persahabatan untuk memadam keraguan dan membina jambatan kepercayaan. Kami membuktikan bahawa di bawah naungan Islam, setiap bangsa dan agama di Selangor akan merasa selamat, dihargai, dan dilindungi.
Tekad 5
Kasih Yang Merentas
Sempadan Kaum
Perjuangan PAS tidak mengenal warna kulit. Sambil menghargai sokongan padu saudara seagama, PAS Selangor melangkah jauh menyantuni saudara pelbagai kaum. Kerana bagi kami, kemakmuran Selangor hanya akan sempurna apabila kita semua hidup bersama dalam keadilan dan kasih sayang.
SELANGOR
DESERVES BETTER
Meniti Perjalanan
PAS Selangor
Sejarah Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS) adalah satu manifestasi perjuangan politik Islam yang bermula dari akar umbi desa hingga berjaya menakluk kerusi di pusat bandar pentadbiran negara. Berikut adalah rakaman sejarah berdasarkan fakta, data pilihan raya, dan evolusi kepimpinan….









Tawaran Kami,
Bakti Demi Selangor
Membawa agenda politik matang melalui tawaran solusi yang holistik, berteraskan rekod khidmat yang konsisten dan dipercayai. Dokumen EHSAN 2030 merekodkan tawaran komprehensif PAS Selangor kepada rakyat Selangor
Tentang Kami
PAS FOR ALL
Ikuti kami di media sosial
Hubungi Kami
Setiap suara rakyat wajar didengari. Setiap cadangan, aduan dan pandangan adalah sebahagian daripada usaha membina Selangor yang lebih baik. Hubungi kami untuk berkongsi pandangan, mendapatkan bantuan atau bersama-sama menjayakan agenda kebajikan dan pembangunan demi rakyat Selangor.
-
Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
No. 3-04-01, Presint Alami
Persiaran Akuatik, Seksyen 13
40000, Shah Alam
Selangor - Telefon: +603 5523 3718
-
Email:
selangor@pas.org.my - baktidemiselangor@gmail.com





