Skip to content Skip to footer

Ahli Parlimen

YB Mohd Hasnizan Harun berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan kepimpinan masyarakat. Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam sektor pengurusan dan industri serta aktif dalam pelbagai gerak kerja kebajikan dan kemasyarakatan di Hulu Selangor. Selain memimpin PAS Hulu Selangor, beliau juga memainkan peranan penting dalam organisasi politik di peringkat negeri.

YB Mohd Hasnizan berusia 56 tahun dan menetap di kawasan Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Beliau mendapat pendidikan dalam bidang Mekanikal di Institut Kemahiran Mara serta memiliki Diploma Pengurusan hasil kerjasama Panasonic dan Malaysian Institute of Management. Beliau telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan lima orang anak. Dari sudut kerjaya, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Kilang dalam sektor pembinaan dan pengeluaran produk IBS, selain mempunyai pengalaman sebagai eksekutif dalam syarikat automotif dan elektronik sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor pada tahun 2022.

• AJK Masjid As-Salam Bukit Sentosa (Lajnah Pembangunan)

• AJK Surau Al-Falah

• Pengerusi Kebajikan Hulu Selangor

• Mantan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk

• Mantan Pengerusi JMB Apartment Anggerik

• Mantan Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk

• Pernah menganggotai Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD)

• Pernah menganggotai Jabatan Pertahanan Awam (JPA – APM)

• Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Selangor

• ⁠Ketua Penerangan Perikatan Nasional Negeri Selangor

• Pengerusi Perikatan Nasional Hulu Selangor

• Yang Dipertua PAS Hulu Selangor

• ⁠Mantan Bendahari PAS Negeri Selangor

• Mantan AJK Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat

• Mantan Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor

• Mantan Setiausaha PAS Hulu Selangor

• Mantan Bendahari PAS Hulu Selangor

• Mantan Pengerusi PASTI Hulu Selangor

• Mantan Ketua Jabatan Amal Hulu Selangor

Dr. Hajah Halimah binti Ali (lahir 27 Jun 1960) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kapar.

Di peringkat kerajaan negeri, beliau pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab kepada pendidikan, pendidikan tinggi dan modal insan. Beliau juga pernah menjadi pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

Beliau yang dilahirkan dan dibesarkan di Marudi, Miri, Sarawak. Selepas belajar di sekolah menengah, Halimah menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Elizabeth, Hobart, Tasmania. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di Universiti Tasmania dan memperoleh Sarjana Muda Sains Perubatan. Selanjutnya beliau memperoleh Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dari universiti yang sama. Beliau turut mempelajari pengajian Islam di Institut Latihan Kepemimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) dan menjadi pelajar terbaik bagi Diploma Tasawur Islam.

Sekembali ke Malaysia, Halimah Ali ditempatkan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur(UHKL). Kemudian di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Beliau pernah ditugaskan di Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak Klang ,Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak, Shah Alam, Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang.

Setelah menimba banyak pengalaman di hospital dan klinik kerajaan , beliau membuka klinik sendiri di Kampung Sungai Udang, Klang dan kini mempunyai dua cawangan.

Sebagai seorang doktor yang simpati dengan rakyat, Dr Halimah Ali mendaftar diri untuk menjadi sukarelawan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia untuk :

  • Bencana TSUNAMI, MEULABOH, ACEH
  • Bencana gempa bumi Kashmir/Pakistan
  • Bencana gempa bumi Yogyakarta
  • Mangsa perang Lebanon
  • Rakyat miskin mangsa Rejim Pol Pot Kampuchea
  • Mangsa banjir TDDI Jaya, Kpg Kebun Bunga, Shah Alam dan Johor
  • Aktivis Kempen Jerebu
  • Aktivis Kempen kesedaran kanser
  • Co -Author Buku Pendidikan Jasmani & Kesihatan Jilid 1(SPBT)
  • Kolumnis majalah Ummi 

Beliau juga selalu dijemput memberi ceramah di jabatan dan agensi kerajaan , swasta, masjid dan surau. Menjadi motivator jemputan di IPT, sekolah-sekolah dan tadika. Pernah menjadi Doktor undangan untuk program kesihatan di RTM( radio dan televisyen). Beliau prihatin terhadap nasib malang nelayan Telok Gong. Begitu juga masalah penduduk Taman Sentosa Perdana dan lain-lain tempat.

NGO

  • Ahli lembaga Pengarah Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS)
  • Ahli lembaga Pengarah Kolej Integrasi Tahfiz Selangor,
  • Ahli Majlis Pendidikan PAS
  • 2007-sekarang: Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia
  • Merangkap Ketua Biro Pembangunan Wanita & Keluarga AMALNITA Malaysia
  • Merangkap Naib Pengerusi Yayasan Amal Selangor
  • 2007-sekarang: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, MACMA Pusat(Malaysian Chinese Muslim Association)
  • 2001 Pengurus Pusat Motivasi Islam Cemerlang
  • 2000 Pengasas Kelab Remaja Intan Islam
  • 2003 Pengasan Kelab Ibu Muda
  • 2005 Pengasas Kelab Remaja Explorers Islam
  • Pengarah Pustaka Gedung Ilmu
  • Timbalan Pengerusi Biro Solidariti (Perpaduan) Nasional PAS Pusat
  • Exco Dewan Muslimat PAS Pusat
  • Pengerusi Biro Solidariti Dewan Muslimat PAS Pusat
  • Exco Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Darul Ehsan
  • Exco PAS Kawasan Kapar
  • Ketua Editor Buletin Mandarin Ren Min Shi Shi
  • Editor risalah Tamil Makkal Sakhthi
  • Calon PAS di kawasan Kapar dalam PRU 2004. Tetapi Dr Halimah ditewaskan oleh calon Barisan Nasional-UMNO, Norliza Ahmad.

YB Dato’ Dr Hj Ahmad Yunus Hairi merupakan seorang tokoh politik dan doktor perubatan yang aktif dalam arena politik negeri Selangor dan peringkat nasional. Beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang dekat dengan rakyat serta aktif dalam pembangunan masyarakat, khususnya dalam bidang kebajikan, agama dan pembangunan luar bandar.

Beliau mula mendapat perhatian selepas dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang pada tahun 2008 dan seterusnya memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Latar Belakang Keluarga

YB Dato’ Dr Hj Ahmad Yunus Hairi dilahirkan pada 20 Mac 1965 di Sijangkang, Selangor. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan nilai agama, pendidikan dan khidmat kepada masyarakat. Kehidupan beliau banyak dipengaruhi oleh budaya masyarakat Melayu-Islam yang sederhana dan prihatin terhadap kebajikan rakyat.

Pendidikan

Bermula dengan pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Sijangkang kemudian peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang dan beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (Kepujian) (MBBS) pada tahun 1991. Pendidikan dalam bidang kesihatan memberi pengalaman awal kepada beliau untuk memahami keperluan masyarakat dari sudut kesihatan dan kebajikan

Kerjaya

Sebelum aktif sepenuh masa dalam politik, beliau berkhidmat sebagai doktor perubatan. Bermula di hospital dan kemudian membuka klinik sendiri di kampung halaman beliau di Sijangkang. Pengalaman sebagai doktor menjadikan beliau seorang yang dekat dengan rakyat serta memahami masalah masyarakat secara langsung.

Dalam bidang pentadbiran negeri pula, beliau pernah memegang beberapa portfolio penting sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor, termasuk:

• Hal Ehwal Agama Islam & Adat Resam Melayu

• Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi

• Belia dan Sukan

• Infrastruktur dan Kemudahan Awam

YB Dato’ Dr Hj Ahmad Yunus Hairi aktif dalam pelbagai program kemasyarakatan dan kebajikan, terutama melibatkan penduduk di kawasan Sijangkang khususnya dan Kuala Langat secara amnya.

Penglibatan Masyarakat

• AJK Yayasan Amal Malaysia

• Presiden Persatuan Pengusaha Hemodialisis Malaysia (PPHM)

Antara aktiviti sosial yang sering beliau sertai ialah:

• Program bantuan kepada golongan kurang berkemampuan

• Aktiviti kebajikan dan kesihatan masyarakat

• Program pembangunan belia dan komuniti setempat

• Pengimarahan masjid dan aktiviti keagamaan

• Program pembangunan kampung tradisi dan luar bandar

Beliau juga terkenal dengan pendekatan “turun padang” bagi mendengar sendiri masalah rakyat serta mencari penyelesaian terhadap isu masyarakat setempat.

YB Dato’ Dr Hj Ahmad Yunus Hairi aktif dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan memainkan peranan penting dalam politik Selangor.

Penglibatan politik beliau termasuk:

• ADUN Sijangkang sejak Mac 2008

• Ahli Parlimen Kuala Langat sejak tahun 2022

• Pesuruhjaya PAS Selangor ke-15 (2019-2023)

• Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor (Februari 2012-Mei 2018)

• YDP PAS Kawasan Kuala Langat

• Pengerusi Perikatan Nasional Kuala Langat

• AJK PAS Pusat (2023-kini)

Sepanjang penglibatan beliau dalam politik, YB Dato’ Dr Hj Ahmad Yunus Hairi dikenali sebagai seorang pemimpin yang menekankan aspek kebajikan rakyat, pembangunan masyarakat dan pentadbiran berteraskan nilai Islam.

Anugerah

Sebagai seorang pemimpin yang dekat dengan rakyat, cakna dengan kebajikan dan pembangunan masyarakat, pada tahun  2014, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menganugerahkan kepada beliau Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S)