Laporan Prestasi ADN PAS-PN
Negeri Selangor Tahun 2025
Laporan Prestasi Ahli Dewan Negeri PAS–Perikatan Nasional Negeri Selangor 2025 ini disediakan sebagai rekod khidmat, amanah dan perjuangan wakil rakyat PAS–PN sepanjang tahun 2025.
Sebagai wakil rakyat, tanggungjawab yang dipikul bukan sahaja di dalam Dewan Negeri, tetapi turut melibatkan usaha membela kebajikan rakyat, menyuarakan isu masyarakat serta memastikan pentadbiran negeri sentiasa dipantau demi kepentingan rakyat Selangor.
Dalam tempoh ini, Ahli-Ahli Dewan Negeri PAS–PN terus memainkan peranan sebagai semak dan imbang yang konstruktif melalui perbahasan Dewan, program kebajikan, bantuan masyarakat serta pelbagai inisiatif di kawasan masing-masing.
Semoga laporan ini menjadi bukti komitmen berterusan PAS–PN Negeri Selangor dalam membawa politik yang beramanah, prihatin dan berteraskan kebajikan rakyat.