Ahli Dewan Negeri
N05 Hulu Bernam
YB Tuan Mui’zzuddeen bin Mahyuddin (lahir 29 April 1988), lebih dikenali sebagai Muiz Mahyuddin, merupakan seorang ahli politik dan jurutera automotif Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Hulu Bernam sejak Ogos 2023. Beliau ialah ahli dan Ahli Jawatankuasa Bahagian Hulu Selangor bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dan sebelum ini Gagasan Sejahtera (GS). Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian PAS Hulu Selangor dari tahun 2015 hingga 2021