Yang Dipertua PAS Kawasan
Kota Raja
Tuan Hj. Mohamed Diah Baharun merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Raja yang telah memimpin PAS Kota Raja sejak tahun 2017. Beliau dikenali sebagai seorang pemimpin masyarakat yang aktif dalam kerja kebajikan, pembangunan komuniti dan gerak kerja kemasyarakatan di sekitar Kota Raja dan Shah Alam. Selain aktif dalam politik, beliau turut terlibat dalam pelbagai organisasi koperasi, kebajikan dan kelestarian masyarakat.
Latar Belakang
Mohamed Diah bin Baharun dilahirkan pada 4 Februari 1965 di Kampung Daching, Ulu Beranang, Negeri Sembilan dan merupakan anak ketiga daripada lapan adik-beradik. Beliau mendirikan rumah tangga bersama Puan Siti Aishah binti Ahmad pada 30 Julai 1989 dan dikurniakan enam orang anak serta sembilan orang cucu.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Puchong sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Puchong. Seterusnya beliau menyambung pengajian di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang dan kemudian menyambung pengajiannya di Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) T.P.C SIHE Assc. Uni. Of Wales United Kingdom. Pada tahun 2024 hingga 2025, beliau turut mengikuti Diploma Tasawwur Islam di ILHAM, Taman Melewar, Gombak.
Dalam kerjaya profesional, beliau pernah berkhidmat di Monsanto Electronic dan PROTON Shah Alam sebelum menyertai Jabatan Penerangan PAS Pusat serta akhbar Harakah. Beliau kemudiannya berkhidmat hampir dua dekad di Ingress Corporation Berhad sehingga memegang jawatan Pengurus Kanan Jabatan Hal Ehwal Awam dan Operasi Antarabangsa, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Pengarah Urusan Fidani Sdn. Bhd.
Aktiviti Sosial
- 2003 – 2008 : Committee Member, Negeri Sembilan Industrial Liaison Council (NSILC) mewakili Ingress Corporation Berhad
- 2007 – 2008 : Pengerusi Nilai Emergency Mutual Aids Group (NEMAG)
- 2008 – 2009 : Mentor Program Keusahawanan Ibu Tunggal & Asnaf – Projek Tanaman Cendawan Tiram
- 2009 – 2013 : Pengerusi Surau Himmatul Aliyyah, Kampung Seri Gambut, Shah Alam
- 2017 – 2018 : Nazir Masjid Himmatul Aliyyah, Kampung Seri Gambut, Shah Alam
- 2016 – 2026 : Pengerusi Koperasi Sahabat Usahawan Kota Raja Selangor Berhad (KoSahabat)
- 2021 – 2022 : Penasihat Khidmat Malaysia Parlimen Kota Raja semasa Tragedi Banjir Lembah Klang
- 2024 – 2026 : Naib Pengerusi Pertubuhan Kelestarian Alam Sekitar dan Iklim Selangor (LESTARI)
- 2024 – 2026 : Pengerusi Persatuan Darul Ehsan Sejahtera (EHSAN)
- Aktif menyantuni masyarakat melalui program kebajikan, bantuan asnaf, bantuan COVID-19 dan program komuniti di Kota Raja
Penglibatan Politik
- 1987 – 1989 : Penolong Setiausaha PAS Kawasan Puchong
- 1989 – 1991 : Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong
- 1996 – 2003 : Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam
- 2003 – 2005 : Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja
- 2004 – 2008 : Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan Kota Raja
- 2015 – 2017 : Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Raja
- 2017 – 2026 : Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Raja
- 2018 (PRU14) : Calon PAS bagi Parlimen Kota Raja
- 2022 (PRU15) : Calon Perikatan Nasional (PAS) bagi Parlimen Kota Raja