Skip to content Skip to footer

Program Qurban Perdana LKKS PAS Selangor

May 30, 2026
Sungai Buloh

Program Qurban Perdana LKKS PAS Selangor 1447H/2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kebersamaan di Kubu Gajah, DUN Paya Jaras, hasil kerjasama erat antara Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial (LKKS) PAS Selangor, PAS Kawasan Sungai Buloh, para peserta korban, petugas dan sukarelawan.

Program ini bukan sahaja menyempurnakan ibadah korban sebagai tuntutan syariat, malah menjadi platform memperkukuh ukhuwwah, memupuk semangat gotong-royong serta menyemai nilai keprihatinan dan kebajikan dalam masyarakat. Seluruh proses daripada penyembelihan hingga pengagihan daging korban dilaksanakan secara teratur dan penuh kerjasama.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta terus menjadi pemangkin kepada pembinaan masyarakat yang prihatin, bersatu dan saling membantu demi kesejahteraan ummah.