Skip to content Skip to footer

Yang Dipertua PAS Kawasan
Sungai Buloh

Dr. Zaharuddin bin Muhammad merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Buloh yang mempunyai latar belakang kukuh dalam bidang Syariah, kewangan Islam, ekonomi dan pengurusan organisasi.

Beliau turut pernah memegang beberapa amanah penting dalam PAS. Antaranya sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Ketua Lajnah Ekonomi PAS Selangor, serta kini berperanan sebagai Pengarah Dokumen Hijau dan Ahli Jawatankuasa Jabatan Bendahari PAS Pusat.

Beliau mendapat pendidikan dalam bidang agama dan Syariah di beberapa institusi pengajian tinggi terkemuka. Antaranya menuntut ilmu di Syria, memperoleh ijazah di Universiti Al-Azhar, Kaherah, serta Sarjana Ekonomi Islam di Universiti Kaherah. Kini beliau sedang menamatkan pengajian PhD di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Dalam bidang kerjaya, beliau merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UZM Group Sdn. Bhd. Beliau juga mempunyai pengalaman luas sebagai penasihat dan pakar Syariah dalam sektor kewangan Islam.

Selain itu, beliau bersama pasukan turut menerbitkan Institut Pentadbiran Negara Islam (IPNI), iaitu sebuah institut penyelidikan dan pendidikan atas talian yang memfokuskan kepada ekonomi, undang-undang, urus tadbir negara dan garis panduan kehidupan berteraskan Islam.

Antara institusi yang pernah mendapatkan khidmat kepakaran beliau ialah Alliance Islamic Bank, HSBC Takaful, Prudential Takaful, YaPEIM Sdn. Bhd., International Shariah Research Academy (ISRA) Bank Negara Malaysia dan IFFIN Planners Sdn. Bhd.

Selain penglibatan profesional, beliau turut aktif dalam kerja kemasyarakatan dan pembelaan isu rakyat.

Antara isu yang mendapat perhatian beliau ialah pembelaan terhadap penduduk yang berdepan pengosongan dan perobohan kediaman, termasuk di Kampung Sungai Baru. Kehadiran beliau dalam isu tersebut memperlihatkan komitmen untuk bersama rakyat yang terkesan, khususnya dalam soal tempat tinggal, pampasan, proses pengosongan dan maruah keluarga.

Sebelum ini, PAS Sungai Buloh di bawah kepimpinan beliau juga terlibat membantu penduduk yang rumah mereka dirobohkan di Paya Jaras atas dasar kemanusiaan.

Pendekatan beliau menekankan bahawa isu pembangunan dan penguatkuasaan tidak boleh dilihat hanya dari sudut teknikal semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira nasib manusia, keluarga dan komuniti yang terlibat.

Dalam PAS, beliau memikul amanah sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Buloh.

Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Lajnah Ekonomi PAS Selangor, Pengarah Dokumen Hijau dan Ahli Jawatankuasa Jabatan Bendahari PAS Pusat.

Dengan latar belakang dalam bidang ekonomi, Syariah dan pengurusan, beliau membawa on on kekuatan dari sudut pemikiran dasar serta keupayaan strategik dalam memperkukuh gerak kerja parti dan masyarakat.

Keterlibatan beliau dalam isu penduduk Kampung Sungai Baru turut menyerlahkan pendekatan politik yang berpihak kepada rakyat marhaen, khususnya dalam isu pembangunan, pengosongan rumah dan tekanan terhadap komuniti setempat.